Pembaca Tegar!!!, Jangan Lupa Follow ;-)

29 Jun 2010

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lunch time
Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2....
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.....kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

ahahahaha.....btol kn semua kt atas ni? 

21 Jun 2010

Tips Memilih Pakaian Untuk Wanita !!!!


Hari ni kita sambung lak dgn Tips memilih pakaian untuk wanita....
Selalunya kita tahu, kaum wanita lebih "CEREWET" pasal pemakaian dorg ni...
ada ke wanita, awek2, adik2 manis yg tak ambik berat pasal pemakaian dorg? [maybe ada yg mcm ni]
Jadi, jom kita sama2 baca entry yg telah FGR sedia kan ini..... :)


Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.


20 Jun 2010

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki !!!

Gambar Sekadar Hiasan.


Kali ni FGR membuat entry tentang Tips memilih Baju Kemeja utk Lelaki....
Kepada kaum wanita, awek2 & bini2 kt luar sana [yg janda xtermasuk], tips ni
amatlah penting untuk anda memilih baju kemeja buat suami, pakwe, cowok, balak, kayu balak & sebagainya...
Kadangkala kaum wanita tak tahu cara nak pilih baju untuk lelaki, & mungkin ada lelaki jenis "cerewet" dgn pakaian...
Jadi, kepada makcik2, akak2, adik2 manis, jom la sama2 kita membaca tips yg telah FGR sediakan ni....

19 Jun 2010

Dapat Award lak.....hihi

Thanks kepada Cha Cha & Kaka Kina kerana memberi Award ini
kepada blog usang saya ni.....
Terharu lak bila dpt award ni.... Ada tisu x? nk lap air mata yg berlinang-linang
membasahi pipi ni....
Thanks,

How to run away from dis situation?--- Always be creative!!




Think....(Don't rush to look for the answer)
Think !! how you take off the rope and save yourself from the Lion !
Think ................ bring on your thinking caps!!!
Don't peep for the answer .........
Think..................Think..........Think......... and more....
OK, SO YOU GIVE UP?

18 Jun 2010

Antara Kelebihan Sembahyang Berjemaah


Maka, diriwayatkan daraipada Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Sesiapa sembahyang selama empat puluh hari dalam jemaah yang tidak luput dari takbiratul ihram, maka Allah menuliskan (mewajibkan) baginya dua kelepasan: kelepasan dari munafiq dan kelepasan dari neraka”.
(Riwayat Tirmizi)

70 ayat tackle lelaki!!!

 Gambar Sekadar Hiasan

1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.

17 Jun 2010

Oh Adira!!! Ku Ada Kamu





Biodata Profil Adira AF8
Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi
Tarikh Lahir: 19 September 1991
Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah
Umur : 19 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Kadazan / Dusun
Agama: Islam
Tinggi : 152cm Berat : 48kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 8 orang (bongsu)
Hobi: Dengar radio, makan, tidur & berangan
Sifat peribadi : Pendiam, pemalu, aktif, penyayang. ( same mcm FGR ) msti bahagia nnt....



Saje busan2 mlm ni, tringat lak kt penyanyi pujaan hati ni....
kt atas tu biodata Adira, masih muda si Adira ni...
umur pn bru 19 tahun, sesuai la ngn FGR..... 
kalau dgr lagu Ku Ada Kamu je, leh bt hati ni tersentuh....
huhuhu...
kt bwh ni ada link utuk  download lagu Adira - Ku Ada Kamu ( CD Rip ) 

Klik di sini utuk muaturun >>  Adira - Ku Ada Kamu

Petua Melihat "Si Dara"

Gambar sekadar hiasan : )

Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.
Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.
Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari2 dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang2. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

16 Jun 2010

KESILAPAN BLOGGER YANG MAHUKAN TRAFIK !!!


10 KESILAPAN BLOGGER YANG MAHUKAN TRAFIK

Pernahkan anda semua tertanya-tanya apakah kekurangan blog anda sehingga sekarang trafik blog tak naik-naik? Jika ya, bagus! Bertanya sudah bagus.. jangan pula ada dengki pada blog orang lain yang trafik tinggi. Jika anda mengalami sakit hati(dengki) pada orang lain maka anda hanya membuang masa sahaja. Sepatutnya mereka yang sudah berjaya dijadikan inspirasi, barulah rahsia-rahsia mereka terbuka kepada anda. Oklah, back to the point...


Disini kami ingin menyenaraikan beberapa kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik tinggi. Sila lihat adakah blog anda terbabit dengan kesalahan-kesalahan di bawah ini atau tidak.

1. MENULIS DIARI
Susah untuk anda menarik trafik jika anda hanya menulis diari. Pembaca inginkan sesuatu yang bermanfaat. Melainkanlah jika anda menulis diari yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup pembaca. Jika diari anda berbentuk inspirasi, peluang untuk anda meningkatkan trafik mungkin tinggi.

2. BACKGROUND LAYOUT
Cuba anda lihat balik blog anda, sakit mata ke atau menenangkan? Background layout amat penting untuk diutamakan. Kerana Background yang akan menggambarkan siapakah penulis blog. Background Blog tidak seharusnya terlalu terang sehingga silau mata pembaca. Apabila warna terlalu terang, mata pembaca akan terganggu ketika membaca kandungan blog. Warna yang terbaik untuk background ialah warna yang muda dan gradient, ditambah pula dengan texture background yang simple. So, berikanlah diri anda ruang masa untuk tenung background blog sendiri lama-lama. Jika mata anda cedera, maka amat sesuailah untuk anda menukar background dengan segera.

3. AUTOPLAY MUSIC
Inilah salah satu punca hidup pengunjung blog anda tak tenang. Bukan semua orang rela mendengar lagu yang anda pasangkan di blog. Yang paling teruk lagi jika lagu tersebut lagu ROCK.... Bayangkanlah jika seseorang itu membuka volume maximum dan kemudian membuka blog anda? Confirm tak masuk dah.. (TRAUMA). So, pertimbangkanlah semula mengenai hal ini jika anda masih inginkan trafik yang tinggi.

Utk mereka yg sayang BF @ GF !!!




Bila kita sayang orang tu... Kita terima je apa yg orang tu tu kata Tapi bila dia kata kat kita? Hati kata takpe manusia tak perfect.....
Bila kita sayang orang tu... Kita tunggu dia lame pun takpe Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah Hati kata ala adatlah Ada yang menununggu & ditunggu.....
Bila kita sayang orang tu... Kita tak tidor pun takpe Layan dia yg tengah bosan Tapi bila kita bosan ada dia layan kita? Hati kata takpe dia busy kot.....
Bila kita sayang orang tu... Kita gadoh dengan dia, kita pujok dia walau kita tak salah Tapi ada dia mintak maaf? Hati kata takpe, semuanya bermula dari aku......
Bila kita sayang orang tu... Kita buat salah sikit dia maki hamun Macam dia selalu betul smua Hati kata takpe, dia tension tu...
Bila kita sayang orang tu... Kita call nak cakap ngan dia Tapi dia bagi phone kat orang laen Bila jadi camtu, hati kata takpe Layan je, kawan dia, kawan kita gak.....
Bila kita sayang orang tu... Kita bercerita dgn dia, ibarat cerita ngan tunggul lagi baik Tapi bila dia bercerita ngan kita Kita dengar, sepatah-sepatah kita ingat Hati kata takpe sayang la katakan......
Bila kita sayang orang tu... Kita dan dia lapar Tapi kita bagi sume roti kita kat dia Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia.......
Bila kita sayang orang tu... Kita bagi dia rest bila dia letih Tapi bila kita letih Dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan Adil ker macam tu? Hati kata, ala bukan selalu pun...
Bila kita sayang orang tu... Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit Tp bila kita tengah sakit Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita Hati kata, ala takpe, tak kan dia nak berkepit ngan kita 24 jam.....
Bila kita sayang orang tu... Kita tak pernah pentingkan diri sendiri Tapi dia hipokrit tahap gaban Hati kata takpe, tu memang sifat dia kenalah terima.......
Bila kita sayang orang tu... Kita tak sanggup tengok dia derita Tapi dia macam tak pernah hargai diri kita.... Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia????
Bila kita sayang orang tu... Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya Walau pedih hati tidak terkata Asal itu boleh membuat dia bahagia ADAKAH DIA TAHU???

Kenapa perempuan cantik bertudung???

 

1.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA NAK TUTUP AURAT
2.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA
3.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA CANTIK
4.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA
5.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA ANAK SOLEHAH
6.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA
7.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN
8.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG…. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA
9.       Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT
10.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
11.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA
12.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
13.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN
14.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA
15.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DENGAR SURUHAN NABI
16.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung….sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)
18.   Kenapa pompuan cantik pakai tudung....sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"
Saya bukan untuk menyindir kaum wanita atau sesiapa, Cuma ingin memberitahu anda semua pasal pemakaian tudung, saya pun turut mengakui bahawa perempuan bertudung tu adalah lebih cantik daripada yg sebaliknya…..
Jadi, apa pandangan anda??